PENGIKTIRAFAN 4 BINTANG OLEH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tahniah...Selepas 30 tahun berusaha, Allah menghadiahkan Maahad Hafiz anugerah 4 Bintang oleh KPM bagi kategori Sekolah Menengah Hafiz, Klang dengan 89% dan Sek Ren Hafiz, Sg.Pinang dengan 88% dalam pecapaian kualiti standard. Merangkumi 9 perkara antaranya pentadbiran, pencapaian akademik, kokurikulum, kemudahan dan prasarana, keselamatan dan sumber manusia. Semoga semua asatizah dan para pelajar teruskan usaha dalam melahirkan Generasi Al-Quran di muka Bumi Allah. Juga Maahad Hafiz Jeram LilBanat mendapat pengiktirafan  89% oleh Jabatan Agama Islam Bahagian Pendidikan Islam di atas pencapaian kualiti.

 

Pengenalan

Visi Maahad / Sekolah Menengah Hafiz adalah untuk melahirkan golongan Profesional Islam yang Hafiz Al-Quran Contohnya Dr Mohammad Firdaus Al-Hafiz, Ir Ali b Musa Al-Hafiz dan sebagainya.

Misi Sekolah adalah untuk melahirkan generasi Al-Quran dalam menuju wawasan 2020 di bumi allah.

Objektif Sekolah adalah supaya dapat mengamalkan isi kandungan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan seharian mencakupi kejayaan di dunia dan kejayaan diakhirat yang kekal abadi.

Maahad / Sekolah Menengah Hafiz didaftarkan :-
* Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (B2B0008)
* Jabatan Agama Islam (SPS/RPR/08/6/(sem)-67)
* Sukatan pelajaran (Manhaj) Agama & Tahfiz diiktiraf oleh :-
(1) Uni. Islam Madinah
(2) Uni. Al-Azhar, Mesir

Sejarah

-Sedang dikemaskini-

Persatuan

PUTERA ISLAM
Pertubuhan Putera Islam ini telah ditubuhkan pada tahun 1996 dengan diketuai oleh Pengarah sendiri iaitu Ustaz Haneefa, Ustaz Nazmi, Ustaz Hamdan selaku mengasas bagi Putera Islam. Dengan perlantikan pengerusi yang pertama dalam sejarah iaitu Ustaz Hafiz B Hj Haneefa. Persatuan ini ditubuhkan untuk melatih para pelajar dalam menonjolkan bakat yang ada dalam diri serta dapat mendisiplinkan para pelajar supaya dapat melahirkan generasi professional dalam segala aspek agama.
Aktiviti persatuan juga banyak mendedahkan tentang kebaikan dan manfaat dalam mempelajari aspek sampingan dalam bidang agama sebagai contoh sembahyang jenazah. Sehubungan dengan itu, para pelajar dilatih menjadi imam, bilal, dan solat yang sempurna.

-Sedang dikemaskini-

Kurikulum

Pelajar akan mengikuti pengajian integrasi iaitu Tahfiz (Sukatan Maahad Hafiz), Akademik (Mengikut sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia), Agama (Mengikut sukatan JAIS). Pelajar juga mempelajari komputer dan akan mengambil peperiksaan Science & Technology ketika SPM. Pelajar juga akan mempelajari komputer Al-Quran dengan mengunakan CD Tahfiz. Pelajar juga didedahkan pada tahun tertentu dengan subjek baru iaitu Sains Al-Quran (Mengenali Sains menurut Al-Quran dan Sunnah).

-Masih dalam pengemaskinian-

Kokurikulum

Pihak kementerian pelajaran telah menetapkan 10% permarkahan untuk para pelajar bagi kemasukkan ke pusat pengajian tinggi di dalam Negara kita. Pihak sekolah mempunyai Persatuan Putera / Puteri Islam yang menitik berat kan soal agama seperti praktikal urusan jenazah & solat, praktikal fardu ain seperti mengetahui bacaan yasin dan tahlil sertan majlis khatam quran, khutbah jumaat dan ceramah. Persatuan Bahasa, Persatuan Sains Rumahtangga dan beberapa persatuan yang lain juga didedahkan kepada para pelajar.
Pihak Sekolah juga terlibat dengan Majlis Sukan Daerah seperti bola sepak, sepak takraw, bola jaring, ping-pong dan sebagainya. Pihak sekolah akan mengadakan ujian saringan dan memilih wakil sekolah ke peringkat pertandingan sukan antara sekolah-sekolah kebangsaan kerajaan. Semua pelajar diwajibkan untuk mengikuti persatuan taekwon-do beruniform, ini bertujuan supaya pelajar lebih cergas dan kuat disamping pertahanan diri.